Tuesday, August 16, 2011

CELOTEH SELAMPIT + Oh Katira..Aku Rindu Padamu...

Asalamualaikum (sambil tersenyum malu)..Rasa macam keras je jari jemari ni nak menaip. Almaklumlah dah lama tak update blog ni disebab kan sebab musabab yang tak dapat dielak kan. Takpe, lagipun takde sapa-sapa pun yang nak marah blog yang low profile macam ni. Kahkahkah...Panjang la pulak mukadimahnya eh..Ok la, sebelum apa-apa terlebih dahulu aku nak mengucap kan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Semoga ramadhan kali ini memberikan seribu makna untuk anda...


Orait kids! Lets go marching!!..Berbalik kepada tajuk. Sekali baca memang orang ingat aku tengah angau. Ye! memang aku tengah angau. Katira nama subjek. Sesetengah orang akan rasa pelik bila dengar ungkapan Katira. Sesetengah pula akan ingat ungkapan Katira ini adalah nama seseorang awekss. Subjek yang dimaksudkan adalah sejenis air. Ye diulang sekali lagi, Air Katira.


Sumber gambar- sakinahsukasuki.blogspot.com 


Tak dapat dipastikan dari mana asal-usul air ini. Tetapi ada yang mengatakan ianya berasal dari singapura dan ada pula yang mengatakan ianya adalah minuman kegemaran orang Islam di selatan India. Tak kisah la apa pun, cuma yang aku tahu minuman ni memang sedap. Ianya juga banyak terdapat di negeri Johor dan Melaka, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, merata ianya dijual. Tak percaya? Moh kita ke Melakee atau ke Johor!!!


Walau apa pun tanggapan orang, Aku rasa air katira ni memang sedap dan berkhasiat. Ini kerana antara ramuan yang aku pernah jumpa dalam air ni adalah herba-herba seperti buah semangkok, gajus, kismis, kurma, biji selasih, halwa kabung dan badam. Dengan kandungan ni saja aku rasa air ni boleh dikategorikan dalam kategori penuh berkhasiat. Dan dengan ini juga di ingat kan yang air ini tidak sesuai untuk mereka yang berat melebihi 1 tan. Kerana apa, kerana korang dah cukup khasiat-khasiat yang diperlukan. Toksah  tambah lagi dah.!!




Oit! celoteh celoteh jugak. Kenyataan nya sekarang aku rindukan Air Katira. Susah nak jumpa kat KL ni. Puas dah aku cari. Nak balik melaka tak dan lagi. Dulu kat Melaka time bulan puasa je air ni menjadi salah satu peberet aku. La ni dah duduk KL terkontang kanting mencari. Serius, aku rindu gila nak minum air ni. Nak buat bukan tak boleh, tapi jari jemari aku ni bukan nya boleh buat sangat kerja-kerja dapur ni. Nanti cepat melecet, tak pun mengerutu. Betul! Sumpah aku tipu..Kahkahkah. Jawapan sebenarnya adalah "Malas". Tapi macam mana pun aku nak buat ni sebagai misi aku ramadhan ni. Buat masa ni aku dah dapat maklumat bahan-bahan dan cara pembuatan nya. Jeng jeng jeng! Resepi adalah rahsia, ada internet kan?? Hang pi la google sendiri ok. Gambar di bawah merujuk kepada tiga bahan utama nya.


Tiga ramuan utama (sebelum direndam semalaman)
Sumber gambar - waiem.blogspot.com


Itu lah serba sedikit celoteh aku dibulan ramadhan ni. Juga serba sedikit info yang aku boleh share dengan korang. Diharap kita semua akan mendapat sebaik-baik keberkatan dariNYA. Amin...

Friday, April 22, 2011

CELOTEH SELAMPIT + Kau Pergi Jua...



Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu lagi lagu yang cukup ku minati, nyanyian Adam Ahmad yang tangkap leleh. Dan la ni dah terkena batang hidung aku sendiri. Apa nak buat dah takdir, ku rela kan kau pergi. Susah payah kita bersama selama ni akan mejadi satu kenangan manis yang tak mungkin ku lupakan. Ku harap kau bahagia disamping teman baru mu. Jangan buat perangai lama!!! Selamat tinggal.....Kuceraimu talak 53..



Monday, February 28, 2011

CELOTEH SELAMPIT + Adam Mikhail @ Setahun 6 Bulan!



Kangkang kepit kangkang kepit tak sedar masa belalu begitu cepat. Bak kata pujangga, "Tua mengejar dimana kau berada". Nak kurang ajar lagi "Rumah kata pergi kubur kata mari", hamekk ko! Menung seorang diri sambil jemari menggentel tahi bijih, lalu bebisik di hati, "Tua dah aku, dah kawin pun aku, dah ada anak pun aku". Terus tersenyum sinis bak Justin Bibir di ushar Kak Kiah..


Akan tetapi senyuman itu teramat lah berbeza dengan senyuman si dia. Senyuman penghilang duka tawa. Mampu membuat kan ku tersenyum manis walau pun tengah meneran air besar. Jangan gelak! itu hakikat yang aku rasa ada benarnya. Tak percaya cuba gelak atau senyum masa korang meneran, konpom tak lalu. Kalau boleh pun mesti senyum tu pahit!

Setahun enam bulan, satu jangka waktu yang bagiku amatlah singkat. Sesingkat kain batik Sofea Jane masa ushar bai dalam PI & Dotdotdot. Dalam kesingkatan itu juga lah hidup ku dipenuhi dengan warna warni seorang insan yang bergelar Ayah a.k.a Bapa. Bapa kepada siapa? Mesti lah bapa kepada anak aku, tak kan bapa kepada jiran sebelah kot. " Saya Bapa Saya OK!" Adakah statement ini akan ditepis selampit dengan selampitnya  oleh pemilik video gay terkenal itu? 

Alhamdulillah. Congrats to myself & herself, berjaya di ketika ini menjaga amanah yang di anugerah kan oleh NYA. Biar pun perjuangan masih jauh, ku mohon kepada mu ya Allah, kau berikan aku kekuatan & ketabahan dalam menempuh hari-hati mendatang. Amin. 


 Happy 1 & half years my dear!

Tuesday, February 22, 2011

CUTI-CUTI SELAMPIT + Melaka @19/2/11



Selampit kali ni pulang ke Melaka. Malam pekena ikan bakar Muara Sungai Duyong. Port betul-betul bersebelahan sungai. Memang ale ke kek! Jom selampit!  

On the way, dalam kereta.



Bersiap-siap untuk menyerang..



Beberapa snap view muara bersebelahan



Sabar menanti hidangan



Akhirnya, penantian 1 jam berakhir. Serang!







Singgah FunFair



Ronda Melaka




Monday, February 21, 2011

CUTI-CUTI SELAMPIT + Selesa Beach Resort, Port Dickson


Bak kata pepatah melayu, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Begitulah gamak nya pengalaman yang nak ku kongsi kali ini. Tengok tajuk pun dah tahu kan. Lokasi peghabis cuti ku kali ini adalah di Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kepada yang tak tahu kat mana lokasi nya, telan bom lagi baik.


Sebut betul-betul, Porrrrrttt…Diccckkkson! Ya betul. Salah satu pantai peranginan yang lucah di dunia ini. Amaran keras untuk pembaca di bawah umur 18 tahun kebawah. Don’t swim and swallow. Not good for you health! Haha.

Mungkin juga ramai yang akan tergelak guling-guling sambil berbisik kat hati "Hek eleh, cuti pegi PD pun nak kecoh..Orang pegi Bali, Phuket, Hawaii, Pulau Unta, Pulau Kambing tak heran pun..Siap jumpa Lady Gaga pakai kebaya lagi..Nak saaain.!". So dengan selamba badak sumatera kat Zoo Ulu Klang nya tu pun aku menjawab, "Ada haku kesah? Peduli apa, duit aku, badan aku, kaki aku, tangan aku, telinga aku, aku punya pasal la!". Cheh! Perasan lebih pulak aku ni. So, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Keh..keh..keh..

Berikut beberapa gambar yang sempat di snap..Layan...

Check in di lobby.



 Anak buah, bapak buah dan mak buah. Hahaha.


 Comel !!

Sesi ambil berkat laut dulu. Tau-tau dah basah.





Sambung amik berkat kolam pulak.


Bersantai sementara tunggu bilik siap.





Puas dok tunggu bilik tak siap-siap lagi. So angkat kaki lambung cari makan. Nama kedai lupa, lauk pauk not bad la. Lokasi berhampiran pantai Teluk Kemang. Snap tak banyak sebab tok amik berkat mengamuk. Hahaha...




Habis makan dapat call, bilik dah siap! Bergegas ke hotel.

 

Snap view dari koridor bilik



Pool view.


Second day, breakfast.



 Bodyguard kami.





Sunset shot.












Itu la serba sedikit gambar yang dapat di snap ketika di sana. Kalau pergi PD aku memang rekemen sangat-sangat tempat ni. Pantai dia pun bersih. Boleh try telan air laut tu. Insyallah takde apa-apa. Tak percaya boleh tanya Baby Ariana (anak buah aku). Dia telan selamba je. Hahaha. Nak tau exactly kat mana? anda ada PC? Ada capaian internet? Boleh Menaip? So google la sendiri ok. Salam...