Tuesday, August 16, 2011

CELOTEH SELAMPIT + Oh Katira..Aku Rindu Padamu...

Asalamualaikum (sambil tersenyum malu)..Rasa macam keras je jari jemari ni nak menaip. Almaklumlah dah lama tak update blog ni disebab kan sebab musabab yang tak dapat dielak kan. Takpe, lagipun takde sapa-sapa pun yang nak marah blog yang low profile macam ni. Kahkahkah...Panjang la pulak mukadimahnya eh..Ok la, sebelum apa-apa terlebih dahulu aku nak mengucap kan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Semoga ramadhan kali ini memberikan seribu makna untuk anda...


Orait kids! Lets go marching!!..Berbalik kepada tajuk. Sekali baca memang orang ingat aku tengah angau. Ye! memang aku tengah angau. Katira nama subjek. Sesetengah orang akan rasa pelik bila dengar ungkapan Katira. Sesetengah pula akan ingat ungkapan Katira ini adalah nama seseorang awekss. Subjek yang dimaksudkan adalah sejenis air. Ye diulang sekali lagi, Air Katira.


Sumber gambar- sakinahsukasuki.blogspot.com 


Tak dapat dipastikan dari mana asal-usul air ini. Tetapi ada yang mengatakan ianya berasal dari singapura dan ada pula yang mengatakan ianya adalah minuman kegemaran orang Islam di selatan India. Tak kisah la apa pun, cuma yang aku tahu minuman ni memang sedap. Ianya juga banyak terdapat di negeri Johor dan Melaka, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, merata ianya dijual. Tak percaya? Moh kita ke Melakee atau ke Johor!!!


Walau apa pun tanggapan orang, Aku rasa air katira ni memang sedap dan berkhasiat. Ini kerana antara ramuan yang aku pernah jumpa dalam air ni adalah herba-herba seperti buah semangkok, gajus, kismis, kurma, biji selasih, halwa kabung dan badam. Dengan kandungan ni saja aku rasa air ni boleh dikategorikan dalam kategori penuh berkhasiat. Dan dengan ini juga di ingat kan yang air ini tidak sesuai untuk mereka yang berat melebihi 1 tan. Kerana apa, kerana korang dah cukup khasiat-khasiat yang diperlukan. Toksah  tambah lagi dah.!!




Oit! celoteh celoteh jugak. Kenyataan nya sekarang aku rindukan Air Katira. Susah nak jumpa kat KL ni. Puas dah aku cari. Nak balik melaka tak dan lagi. Dulu kat Melaka time bulan puasa je air ni menjadi salah satu peberet aku. La ni dah duduk KL terkontang kanting mencari. Serius, aku rindu gila nak minum air ni. Nak buat bukan tak boleh, tapi jari jemari aku ni bukan nya boleh buat sangat kerja-kerja dapur ni. Nanti cepat melecet, tak pun mengerutu. Betul! Sumpah aku tipu..Kahkahkah. Jawapan sebenarnya adalah "Malas". Tapi macam mana pun aku nak buat ni sebagai misi aku ramadhan ni. Buat masa ni aku dah dapat maklumat bahan-bahan dan cara pembuatan nya. Jeng jeng jeng! Resepi adalah rahsia, ada internet kan?? Hang pi la google sendiri ok. Gambar di bawah merujuk kepada tiga bahan utama nya.


Tiga ramuan utama (sebelum direndam semalaman)
Sumber gambar - waiem.blogspot.com


Itu lah serba sedikit celoteh aku dibulan ramadhan ni. Juga serba sedikit info yang aku boleh share dengan korang. Diharap kita semua akan mendapat sebaik-baik keberkatan dariNYA. Amin...